Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat semua umat Islam
Maaf Zahir
dan
Batin

Saturday, August 6, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
"Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua"


Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru . . .

Alhamdulillah, syukur lillah. Allah masih memberi kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini. Sempena hari guru nie, kami ahli lujnah ekonomi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar pendidik. Semoga dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini. Semoga mendapat kerahmatan, keberkatan, kebahagiaan, dan kejayaan di dunia dan akhirat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan seorang guru. Hanya doa mampu kami titipkan bersama guru.


"SELAMAT HARI GURU WAHAI CIKGU-CIKGU KU"

Sempena hari guru nie, nak kongsilah sebuah sajak yang telah mengangkat martabat seorang guru. Renungkan dan hayatilah bersama . . .

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
DI sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalh guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Saturday, May 14, 2011

Detik-detik menduduki peperiksaan . . .

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga meluangkan masa untuk update blog nie. Teringat akan kisah saat nak menduduki peperiksaan, pelbagai ragam dan gaya hidup manusia. Ada yang gelisah, gelabah, resah, dan ada pulak yg relaks je. Tapi itu semua bergantung kepada pemikiran diri seseorang. Kebijaksanaan dalam mengatur strategi kehidupan dan mengurus masa dengan sebaiknya. InsyAllah, mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.

Sempena hari peperiksaan yang akan menjelang x lama lagi, kami lujnah ekonomi nak mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan. Semoga mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amiin.





Kemudian, sempena nak akhir sem nie, kami lujnah ekonomi memohon sejuta kemaafan dan keampunan sekiranya sepanjang perkenalan kita ada terkasar bahasa dan tingkah laku yang kurang menyenangkan. Mohon agar jangan disimpan di dalam hati.

Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita terus berkekalan ke akhir zaman. Seterusnya, Selamat Bercuti. Sepanjang cuti ini, jagalah diri baik-baik. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja sepanjang cuti. InsyAllah. Amiin.

"UKHUWAH FI SABILILLAH"

Saturday, February 19, 2011

Ragam Hidup Manusia

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax , disangka malas
Orang yg pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud(hina)
Orang makan banyak,disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, dikata mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria , di kata berlakon saja
Mana tahu, yang diam tu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah ?
Mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa ?
Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya ?
Mana tahu, yang ceria itu kerana cerdas cergasnya ?
Jauhi sikap bersangka-sangka, 
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah, 
seperti kayu dimakan api, 
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang ke luar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat burung2 berterbangan dan macam2 lagi,
Sedangkan semua orang melihat dari tingkap yang sama.
Kesimpulannya, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya, 
Positif yang dilihat, maka positiflah yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatiflah jadinya,
Marilah kita sama-sama betulkan penglihatan kita,
Berbaik sangkalah sesama kita.
Salam ceria buat semua (✿◠‿◠)

Salam Maulidurrasul . . .

╔═══╦═══╦╗──╔═══╦═╗╔═╗
║╔═╗║╔═╗║║──║╔═╗║║╚╝║║
║╚══╣║─║║║──║║─║║╔╗╔╗║
╚══╗║╚═╝║║─╔╣╚═╝║║║║║║
║╚═╝║╔═╗║╚═╝║╔═╗║║║║║║
╚═══╩╝─╚╩═══╩╝─╚╩╝╚╝╚╝
╔═╗╔═╦═══╦╗─╔╦╗──╔══╦═══╦╗─╔╦═══╗
║║╚╝║║╔═╗║║─║║║──╚╣╠╩╗╔╗║║─║║╔═╗║
║╔╗╔╗║║─║║║─║║║───║║─║║║║║─║║╚═╝║
║║║║║║╚═╝║║─║║║─╔╗║║─║║║║║─║║╔╗╔╝
║║║║║║╔═╗║╚═╝║╚═╝╠╣╠╦╝╚╝║╚═╝║║║╚╗
╚╝╚╝╚╩╝─╚╩═══╩═══╩══╩═══╩═══╩╝╚═╝
╔═══╦═══╦═══╦╗─╔╦╗
║╔═╗║╔═╗║╔═╗║║─║║║
║╚═╝║║─║║╚══╣║─║║║
║╔╗╔╣╚═╝╠══╗║║─║║║─╔╗
║║║╚╣╔═╗║╚═╝║╚═╝║╚═╝╠╦╗
╚╝╚═╩╝─╚╩═══╩═══╩═══╩╩╝
╔╗──╔═══╦╗──╔╦═══╗
║║──║╔═╗║╚╗╔╝║╔══╝
║║──║║║║╠╗║║╔╣╚══╗
║║─╔╣║║║║║╚╝║║╔══╝
║╚═╝║╚═╝║╚╗╔╝║╚══╗
╚═══╩═══╝─╚╝─╚═══╝
╔═══╦═══╦═══╦╗─╔╦╗──╔╗─╔╦╗──╔╗──╔═══╦╗─╔╗
║╔═╗║╔═╗║╔═╗║║─║║║──║║─║║║──║║──║╔═╗║║─║║
║╚═╝║║─║║╚══╣║─║║║──║║─║║║──║║──║║─║║╚═╝║
║╔╗╔╣╚═╝╠══╗║║─║║║─╔╣║─║║║─╔╣║─╔╣╚═╝║╔═╗║
║║║╚╣╔═╗║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╔═╗║║─║║
╚╝╚═╩╝─╚╩═══╩═══╩═══╩═══╩═══╩═══╩╝─╚╩╝─╚╝
╔═══╗──╔═══╗──╔╗╔╗╔╗
║╔═╗║──║╔═╗║──║║║║║║
║╚══╗──║║─║║──║║║║║║
╚══╗║──║╚═╝║──║╚╝╚╝║
║╚═╝║╔╗║╔═╗║╔╗╚╗╔╗╔╝
╚═══╝╚╝╚╝─╚╝╚╝─╚╝╚╝

ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…

Wednesday, February 2, 2011

Awasi 10 Perangkap Syaitan


Apabila syaitan sudah beraja dalam diri, seseorang individu akan sanggup melakukan apa-apa jua perbuatan keji dan mungkar. Hal ini kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.

Beruntungla golongan manusia yang berupaya menangkis godaan daripada syaitan. Menurut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu, iaitu :

  1. Sifat sombong dan angkuh yang berpunca daripada keegoan manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
  2. Sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh manusia merupakan kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan pada jalan yang hak.
  3. Sifat takbur dan bongkak. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur". (Surah an-Nahi:23)
  4. Sifat khianat, iaitu bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian dan perkongsian.
  5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.
  6. Sifat hasad. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana sifat ini akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (Riwayat Bukhori dan Muslim)
  7. Sifat suka meremehkan orang lain. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Riwayat Muslim)
  8. Sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja." (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
  9. Sifat suka berangan-angan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
  10. Sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya." (Riwayat Muslim)
Sama-sama lah kita muhasabah diri . . .InsyAllah

Monday, January 31, 2011

Pusat Kewangan Islam Antarabangsa

bnm

Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula.

Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan sistem kewangan Islam.

Sistem Kewangan Islam

arb_mainlogo logo-bank-islam2

Prestasi industri perbankan Islam terus bertambah kukuh pada tahun 2005. Pada akhir tahun itu, aset berlandaskan Islam mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 17.7% kepada RM111.8 bilion dan jumlah itu mencakupi 11.3% daripada jumlah aset keseluruhan sistem perbankan. Bahagian pasaran deposit dan pembiayaan berlandaskan Islam juga meningkat masing-masing kepada 11.7% dan 12.1% daripada jumlah industri.

Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.

Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa sistem kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan keinstitusian peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewangan dan rangka kerja penyeliaan terus diperkukuh untuk mencapai objektif seperti yang terkandung dalam fasa kedua PISK. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005.

Selain itu, subsidiari Islam bagi tiga kumpulan perbankan domestik telah memulakan operasi dengan memanfaatkan sepenuhnya kefleksibelan beroperasi yang diberikan oleh lesen perbankan Islam. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.

Sunday, December 21, 2008

Riba' Punca Kemelesetan Ekonomi Dunia

Krisis kewangan sistem ekonomi Barat yang bertunjangkan mekanisme riba’, bunga berganda dan penindasan, kini sedang melumpuhkan sector perbankan dan ekonimi Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja.

Kini adalah masa dan medan terbaik buat negara-negara Islam dan umatnya, memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam serta mengetengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi dunia. Perbankan Islam yang tumbuh 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal meneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan ciri-cirinya yang tersendiri menyaingi sistem kewangan Barat.


Kelebihan sistem kewangan Islam ialah ia bersifat adil kepada pelabur dan pengusaha, di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan dunia seperti yang berlaku sekarang ini.

Islam sangat melindungi penganutnya dan memerangi segala bentuk sistem dan struktur yang berteraskan riba’ yang memudaratkan manusia.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

(Al-Baqarah : 278-279)


Contoh kegiatan dalam sistem ekonomi Barat yang bergerak dalam masyarakat hari ini ialah ceti haram atau along. Terdapat ceti haram yang menyalahgunakan lesen meminjam wang dan kadar bayaran yang dikenakan kepada peminjam melebihi 18 % setahun. Merujuk laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), terdapat 1600 kes ceti haram direkodkan dalam tempoh kurang dari dua tahun di mana mereka memperoleh pendapat sebanyak 12 juta sehari.

Kemelesetan ekonomi dunia boleh menyebabkan keretakan institusi kekeluargaan, meningkatnya jumlah jenayah, kes bunuh diri, menjual maruah diri, penindasan dan keruntuhan moral. Oleh itu, penting kepada kita untuk melakukan perbelanjaan berhemah dan menjauhi budaya berhutang dan riba’ bagi mengelakkan kehancuran masa depan individu, masyarakat dan Negara.

Cara untuk menjadikan ajaran Islam teras ekonomi Negara:

1) Bersama-sama mendokong produk kewangan Islam yang sedang dilaksanakan sekarang bagi memartabatkan sistem ekonomi Islam. Contoh. Ar-Rahnu, Takaful Kifalah.

2) Bersama-sama melemahkan produk-produk kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam, contoh ceti-ceti Haram.

3) Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keistimewaan sistem ekonomi Islam dan bahaya sistem ekonomi Barat.

Dalam skop kita sebagai penuntut pun tidak terkecuali merasa tempias krisis ini. Ini kerana permasalahan yang membawa kepada riba’ ini berpunca daripada budaya berhutang. Jika di kampus, kita sering berhutang akibat sikap boros tidak hairan satu hari nanti apabila tamat pengajian, kita akan terperangkap di dalam dunia riba’. Oleh itu, gunakanlah elaun yang diberikan dengan hikmah dan berhemat. Kita seharusnya beruntung kerana tidak diberi pinjaman PTPN yang menyebabkan kita berhutang dengan kerajaan. Oleh itu, hargailah kesenangan yang kita kecapi ini sebelum Allah menariknya. Renung-renungkanlah.

Info dari Ustaz Ahmad Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Unit Kebajikan dan Khidmat Sosial Masjid Wilayah Persekutuan, K. Lumpur

Friday, November 28, 2008

MLM Haram?

MLM atau Muliti Level Marketing adalah antara perniagaan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia kini. Namun harus berwaspada dalam MLM kerana terdapat sistem MLM yang bertentangan dengan syarak.

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut:

1) Harga tinggi dari biasa:
Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar "Gabhnun Fahisyh" menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ˜Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369).

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)


2) Jualan target sebagai syarat komisyen:

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai 'harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.


Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ˜brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, รข€˜Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila:

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi.

Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Sesetengahnya pula mensyaratkan 'broker' atau 'agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal 'broker' atau 'agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun).

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.



4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya:

"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.

Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah.

Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.