Apabila syaitan sudah beraja dalam diri, seseorang individu akan sanggup melakukan apa-apa jua perbuatan keji dan mungkar. Hal ini kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.
Beruntungla golongan manusia yang berupaya menangkis godaan daripada syaitan. Menurut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu, iaitu :
- Sifat sombong dan angkuh yang berpunca daripada keegoan manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
- Sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh manusia merupakan kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan pada jalan yang hak.
- Sifat takbur dan bongkak. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur". (Surah an-Nahi:23)
- Sifat khianat, iaitu bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian dan perkongsian.
- Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.
- Sifat hasad. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana sifat ini akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (Riwayat Bukhori dan Muslim)
- Sifat suka meremehkan orang lain. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Riwayat Muslim)
- Sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja." (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
- Sifat suka berangan-angan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
- Sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya." (Riwayat Muslim)
Sama-sama lah kita muhasabah diri . . .InsyAllah
No comments:
Post a Comment