Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru . . .

Alhamdulillah, syukur lillah. Allah masih memberi kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini. Sempena hari guru nie, kami ahli lujnah ekonomi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar pendidik. Semoga dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini. Semoga mendapat kerahmatan, keberkatan, kebahagiaan, dan kejayaan di dunia dan akhirat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan seorang guru. Hanya doa mampu kami titipkan bersama guru.


"SELAMAT HARI GURU WAHAI CIKGU-CIKGU KU"

Sempena hari guru nie, nak kongsilah sebuah sajak yang telah mengangkat martabat seorang guru. Renungkan dan hayatilah bersama . . .

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
DI sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalh guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

No comments: